SEJARAH PENUBUHAN
15 - 17 November 1966
Kongres
Pertama berbincang untuk menubuhkan Persatuan Kebangsaan Kerjasama Malaysia.
20-21 Mac 1971
Kongres
Kerjasama Kedua mencadangkan ditubuhkan ANGKASA.
"Kongres
kerjasama Yang Kedua yang diadakan ini amatlah besar ertinya kepada
perkembangan gerakan kerjasama negara ini. Salah satu perkara yang akan
dibincangkan dalam kongres ini ialah penubuhan Persatuan Kerjasama Peringkat
Nasional yang diberi nama ANGKASA".
Petikan
Ucapan Aluan :
Encik
A.Ghafar Baba (Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar)
12 Mei 1971
ANGKASA
ditubuhkan dengan nama Angkatan Kerjasama Kebangsaan Malaysia Berhad di bawah
Ordinan Syarikat Bekerjasama-sama tahun 1948.
31 Julai 1971
ANGKASA
buat julung kalinya mengadakan Mesyuarat Agung Pertama.
JATIDIRI KOPERASI
Definisi
Sebuah
koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana anggotanya bersatu
secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama di
bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama
dan yang terkawal secara demokrasi.
Nilai-nilai
Koperasi
adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggung jawab pada diri sendiri,
demokrasi, kesamaan, kesaksamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan
bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu, anggota koperasi
menerima nilai-nilai etika, termasuk sadik, amanah, ketelusan, tanggung jawab
sosial serta prihatin terhadap orang lain.
Prinsip-prinsip Koperasi
Prinsip
koperasi menjadi panduan untuk koperasi mengamalkan nilai-nilainya.
Prinsip
Pertama: Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
Koperasi
adalah organisasi sukarela yang terbuka kepada semua orang yang boleh mengguna
perkhidmatannya dan yang sedia menerima
tanggung jawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina, lapisan masyarakat,
bangsa, politik mahupun agama.
Prinsip
Kedua: Kawalan Demokrasi oleh Anggota
Koperasi
organisasi demokratik yang dikawal oleh anggotanya mengambil bahagian secara
aktif di dalam usaha menentukan dasar dan membuat keputusan. Lelaki dan wanita
yang berkhidmat sebagai wakil yang dipilih bertanggung jawab kepada semua
anggota. Di dalam koperasi Asas, anggotanya mempunyai hak mengundi yang sama
(iaitu satu ahli satu undi) dan
koperasi-koperasi di tahap lain disusun secara demokrasi.
Prinsip
Ketiga: Penglibatan Ekonomi oleh Anggota
Setiap
anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi itu
secara demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal itu menjadi
harta bersama koperasi itu. Pada umumnya, anggota yang menyumbangkan modal
sebagai syarat keanggotaan akan menerima pulangan terhad, jika ada. Anggota akan membahagikan lebihan atau
keuntungan kepada tujuan berikut : memajukan koperasi mereka mungkin melalui
rezab yang sebahagian daripadanya tidak boleh diagih-agihkan kepada anggota;
memanfaatkan anggota mengikut nisbah urusniaga mereka dengan koperasi itu, dan
membantu kegiatan lain yang dipersetujui oleh keanggotaan.
Prinsip
Keempat: Autonomi dan Kebebasan
Koperasi
adalah organisasi berautonomi dan berdikari yang dikawal oleh anggotanya. Jika
koperasi itu membuat perjanjian dengan organisasi lain termasuk kerajaan, atau
mendapat modal daripada sumber luar, maka ia harus memelihara prinsip kawalan
demokrasi oleh keanggotaan sambil autonomi koperasi itu dikekalkan.
Prinsip
Kelima: Pendidikan, Latihan dan Maklumat
Koperasi
menyediakan pendidikan dan latihan untuk
anggotanya, wakil yang dipilih, pengurus serta kakitangan supaya mereka
boleh menyumbangkan tenaga secara berkesan kepada pembangunan koperasi mereka.
Koperasi memberi maklumat kepada rakyat umum
khususnya kepada remaja dan pemimpin masyarakat.
Prinsip
Keenam: Bekerjasama di antara Koperasi
Koperasi
berkhidmat kepada anggotanya dengan cara yang paling berkesan dan ia
memperkukuhkan Gerakan Koperasi jikalau ia bekerja bersama-sama dengan struktur
koperasi lain, setempat, nasional, serantau dan antarabangsa.
Prinsip
Ketujuh: Berprihatin Terhadap Masyarakat
Koperasi
berusaha untuk mendapatkan pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya melalui
dasar-dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.
*
Versi ANGKASA 6 Mac 2002 (Jati Diri Koperasi yang diputuskan di Manchester, UK
pada 24 September 1995)
ANGKASA
telah diiktiraf sebagai Badan Apex Gerakan Koperasi Negara mengikut Akta
Koperasi 1993 dan Undang-Undang Kecil ANGKASA yang menggariskan matlamat
ANGKASA seperti berikut :
S4
(3) Akta Koperasi
“Sesuatu
pertubuhan yang terdiri daripada koperasi-koperasi menengah sahaja atau
koperasi-koperasi menengah dan asas dan yang matlamatnya ialah untuk memudahkan
operasi koperasi-koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi atasan.”
S57
(3) Akta Koperasi
“Tiada
koperasi menengah atau atasan boleh diisytiharkan di bawah perenggan (2) (b)
sebagai badan yang diwakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa melainkan jika :
Matlamat-matlamat
koperasi itu termasuklah menggalakkan prinsip-prinsip koperasi dan memudahkan
operasi koperasi-koperasi.”
UUK
10 (1)
Matlamat
ANGKASA di antara lain adalah :
“Menyatukan
semua koperasi dalam Malaysia;
1. Mewakili
Gerakan Koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
2. Memperjuang,
mengawasi dan menjaga kepentingan dan pembangunan koperasi ahli khususnya dan
Gerakan Koperasi amnya; dan
3. Memudahkan
operasi koperasi ahli.”
Dasar
Koperasi Negara (2011-2020) mensasarkan supaya sektor koperasi menjadi
penyumbang berkesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5
peratus pada tahun 2013 dan meningkat kepada 10 peratus menjelang tahun 2020.
ANGKASA mengambil langkah proaktif selaras dengan DKN dan Deklarasi Putrajaya
untuk mentranformasikan koperasi ahli melalui projek-projek ekonomi berimpak
tinggi. Pada PKTA Ke-27 dan Ke-28, ANGKASA telah mendapat mandat untuk
melaksanakan perubahan skop kegiatan yang menjurus kepada bidang perniagaan
bernilai tinggi.
Dalam
pada itu, ANGKASA turut melaksanakan kegiatan tanggungjawab sosial (CSR)
seperti mana Prinsip Jatidiri Koperasi Ke-7 yakni Berperihatin Terhadap
Masyarakat.
No comments:
Post a Comment