Carta Organisasi

JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI (JPAN)

1.      PENGENALAN

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) merupakan badan perhubungan antara Lembaga ANGKASA (JTK) dengan koperasi ahli dalam sesebuah negeri. JPAN akan membantu JTK dalam menjalankan aktiviti-aktiviti ANGKASA dan melaksanakan apa jua kegiatan untuk kepentingan, kebajikan dan kemajuan koperasi ahli khasnya serta koperasi lain amnya dalam sesebuah negeri di samping melaksanakan segala tugas yang diarahkan oleh JTK dari semasa ke semasa. Ianya juga adalah selaras dengan Visi dan Misi ANGKASA seperti yang telah ditetapkan oleh JTK.

2.      VISI

Menjadi koperasi apex terunggul di ASEAN menjelang 2020.

3.      MISI

Menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi serta melindungi kepentingan dan memperjuangkan hak gerakan koperasi melalui pengurusan yang profesional.

4.      PETUNJUK-PETUNJUK PRESTASI UTAMA

Pada tahun 2013, JPAN telah mula diperkenalkan KPI sebagai usaha menambah baik  prestasi dan pencapaian perkhidmatan kepada anggota. KPI utama yang ditetapkan bagi setiap JPAN ialah 1) Mempertingkatkan keanggotaan ANGKASA, 2) Mempertingkatkan bilangan penubuhan Koperasi Kariah Masjid, dan 3) Pelaporan KPI secara bulanan.

5.      STRUKTUR ORGANISASI
 
Setiap JPAN mempunyai jawatankuasanya tersendiri dan dibantu oleh 3 orang kakitangan. Pejabat JPAN terletak dilokasi yang mudah dikunjungi oleh ahli koperasi ANGKASA. JPAN bertanggungjawab melaksanakan kegiatan yang ditetapkan oleh JTK berdasarkan peruntukan kewangan yang disalurkan oleh ANGKASA Pusat. JPAN juga perlu melaksanakan           peraturan pentadbiran dan pengurusan dengan mengadakan Mesyuarat JPAN, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Negeri (JKKN) dan mesyuarat lainnya berdasarkan jawatankuasa kecil yang diwujudkan. Laporan aktiviti ini dimajukan kepada JTK dan diaudit oleh Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA bagi memastikan setiap JPAN berfungsi dengan baik.

Sebanyak 16 buah pejabat ANGKASA Negeri di seluruh negara meliputi pejabat Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri seperti berikut :

1.    Johor
2.    Kedah
3.    Kelantan
4.    Melaka
5.    Negeri Sembilan
6.    Pahang Zon 1 (Kuantan)
7.    Pahang Zon 2 (Temerloh)
8.    Pahang Zon 3 (Bentong)
9.    Perak
10.  Perlis
11.  Pulau Pinang
12.  Sabah
13.  Sarawak
14.  Selangor
15.  Terengganu
16.  Wilayah Persekutuan


STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI, SENARAI KAKITANGAN DAN ALAMAT PEJABAT
NEGERI, SENARAI KAKITANGAN DAN ALAMAT PEJABAT


PENGURUSAN JPAN




No comments:

Post a Comment