PERKHIDMATAN ANGKASA SECARA UMUM
1.
Skim Tabarru' Angkasa
Skim Tabarru’ ANGKASA
adalah antara skim Takaful yang disediakan oleh hasil kerjasama diantara
ANGKASA dan ETIQA TAKAFUL BERHAD di bawah Perniagaan Takaful Keluarga.
Skim ini disusun
dengan tujuan untuk menyediakan manfaat Takaful dalam bentuk bantuan kewangan
jika ditakdirkan orang yang diperlindungkan meninggal dunia.
Skim ini juga
bertujuan untuk membantu koperasi yang sebelum ini mengadakan Skim Takaful atau
mewujudkan tabung khairat kematian dalaman secara berasingan yang jumlah carumannya
tinggi dan kadar perlindungannya rendah. Ini kerana Skim ini menawarkan jumlah caruman
yang rendah dan perlindungan yang tinggi.
2.
Infaq Lil-Waqf
ANGKASA menyediakan
program Infaq Lil-Waqf sebagai salah satu kaedah bagi membangunkan ekonomi
anggota koperasi khasnya dan ekonomi negara amnya.
Program ini bertujuan
memberi ruang kepada warga koperasi menyumbang sejumlah wang kepada Infaq
Lil-Waqf sebagai amalan kebajikan berasaskan konsep waqaf. Penyumbang
digalakkan menyumbang secara beransur-ansur ataupun sekaiigus dalam tempoh
tertentu.
3.
Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA
Pinjaman
Pendidikan Yayasan ANGKASA mempelawa semua anggota koperasi, kakitangan
koperasi dan anak anggota koperasi ahli ANGKASA serta kakitangan ANGKASA dan
anak kakitangan ANGKASA untuk memohon pinjaman pendidikan bolehubah tanpa
faedah kepada calon-calon berkelayakan bagi mengikuti kursus pengajian sepenuh
masa/separuh masa/PJJ/PLK di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor
Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) Dalam
Negeri.
4.
Sistem Potongan Gaji
Sistem
Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem di mana semua potongan koperasi
dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan urusan
potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan swasta (yang
berdaftar dengan BPA). Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi
dan lain-lain organisasi untuk mengutip bayaran seperti yuran, saham, ansuran
pinjaman dan sebagainya dengan cara lebih bersistematik dan terjamin.
Bagi
anggota koperasi, sistem ini memberi kemudahan untuk mereka membayar balik
semua ansuran pinjaman atau lain-lain tuntutan kepada koperasi atau organisasi
lain melalui sekali arahan. Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan urusan semua
pihak, samada “jabatan/majikan” dalam urusan penyediaan gaji setiap bulan,
“koperasi/organisasi” dalam urusan mengutip bayaran balik pinjaman dan yuran
manakala “anggota/individu” dalam urusan menyelesaikan bayaran ansuran setiap
bulan.
SPGA
dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu
daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
(ANGKASA). Koperasi atau organisasi yang melanggan perkhidmatan BPA boleh
menggunakan sistem dalam talian (online) untuk mendaftar arahan potongan baru
atau meminda / menghentikan tuntutan semasa. Pengguna SPGA perlu ada perkakasan
“MYKAD Reader” untuk membaca kad pengenalan diri sebagai mengesahkan identiti
pengguna sistem.
Sistem
Pelaporan Kredit ANGKASA dan RAM Credit Info atau ringkasnya “SPeKAR”
menyediakan semakan maklumat kredit individu yang menggabungkan rekod SPGA
dengan maklumat kredit di syarikat bukan-kewangan serta status bankrupsi dan
juga kes litigasi atau saman mahkamah. Maklumat kredit yang lengkap dapat
membantu koperasi atau institusi kewangan lain membuat penilaian kredit
seseorang pemohon kredit (individu).
5.
Sistem Pendaftaran dan
Sistem Undi Digital ANGKASA
Sistem
Undi Digital ANGKASA merupakan sistem
berkomputer yang dibangunkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
(ANGKASA) bertujuan untuk menjamin ketepatan dan mempercepatkan proses
pengiraan undi berbanding dengan kaedah pengiraan undi secara manual. Sistem
ini mengekalkan kaedah konvensional iaitu memangkah petak calon yang dipilih
dengan integrasi sistem komputer. Sistem Undi Digital ini sesuai untuk semua
organisasi dan koperasi yang akan mengadakan mesyuarat agung.
6.
Kursus Asuhan Kanak-Kanak
Taska Cahaya Mata ANGKASA
Pusat Latihan TCM (PLTCM) menawarkan
pakej kursus yang lengkap kepada koperasi dan anggota koperasi ahli ANGKASA
yang berminat di dalam bidang pengasuhan dan penubuhan Taman Asuhan Kanak-kanak
(TASKA).
PLTCM ANGKASA menawarkan:
KURSUS DAN LATIHAN
Latihan Amali Pengasuhan
Kursus Asuhan PERMATA
Kursus Pengurusan dan Pengendalian
TASKA (Tahap 1,2, dan 3)
Bengkel Kemahiran Pengasuh TASKA
Kursus Untuk Pengusaha TASKA Di Rumah
PERKHIDMATAN DAN PERUNDINGAN
Bimbingan Pengasuhan dan Penubuhan
TASKA
7.
Sistem Perakaunan Koperasi Sekolah
SEKKOP adalah satu pakej sistem
perisian komputer bersepadu yang mempunyai tiga fungsi iaitu pengurusan
keanggotaan, perakaunan dan perniagaan koperasi sekolah.
Sistem Keanggotaan berfungsi untuk
mengendalikan rekod dan maklumat keanggotaan, manakala sistem perakaunan
menyediakan rekod-rekod perakaunan dan enyata kewangan. Sistem perniagaan
berfungsi untuk menguruskan rekod jualan dan stok di kedai koperasi. ANGKASA
menawarkan sistem ini bagi memenuhi keperluan perakaunan koperasi sekolah.
8.
Sistem Pengurusan Berkomputer ANGKASA (SBPA)
Sistem Pengurusan Berkomputer ANGKASA
(SPBA) merupakan satu perisian terkini yang diperkenalkan melalui perkhidmatan
Pra Audit ANGKASA dengan tujuan memberi perkhidmatan dan nasihat perakaunan
secara percuma.
Penggunaan SPBA menjadikan penghasilan
maklumat lebih tepat dan cepat, dapat
diselenggarakan dengan lebih tersusun, dapat meningkatkan produktiviti koperasi
serta dapat membantu koperasi
terutamanya dalam penyediaan laporan dan perakaunan.
9.
Ejen Pungutan Zakat
Untuk memudahkan pihak koperasi
menunaikan zakat perniagaan koperasi masing-masing, ANGKASA telah mendapat hak
lantikan sebagai agen kutipan zakat terutamanya kutipan zakat perniagaan
daripada empat buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor,
Melaka dan Perak. Di samping itu, ANGKASA juga dalam proses untuk mendapatkan
hak lantikan agen daripada .. pusat-pusat zakat negeri-negeri yang lain.
Justeru itu koperasi boleh membuat
bayaran zakat perniagaan melalui ANGKASA dan boleh mendapatkan perkhidmatan
pengiraan zakat perniagaan daripada Unit Skim Perlindungan & Khidmat
Sosial. Para pegawai daripada unit ini akan ‘turun padang’ ke koperasi bagi
proses pengiraan zakat tersebut.
No comments:
Post a Comment